Pada zaman yang penuh kecanggihan ini, terdapat pelbagai kebaikan dan keburukan yang telah berlaku. Namun, apa yang ingin difokuskan pada entri kali ini adalah berkenaan perilaku buruk yang berlaku kepada pemilik akaun FB. Salah satu pemilik akaun FB ini dengan selamber memuat naik gamabarnya bersama teman lelaki tengah be"romen". Hal ini telah mengejutkan ramai pihak kerana kejadian ini berlaku di Malaysia dan pemilik merupakan seorang remaja yang masih mentah.
Namun, dia tidak merasa segan silu dengan menunjukkan gambar yang boleh dikategorikan tidak senonoh itu di khalayak ramai. Sedangkan hubungan suami isteri pun dilarang berpelakuan seperti itu di hadapan orang ramai, apatah lagi mereka yang masih tidak mempunyai apa-apa hubungan yang sah.
Dalam situasi ini, siapakah yang perlu dipersalahkan? Adakah salah ibu bapa yang tidak pandai mendidik anak? Tepuk dada tanya iman. Jangan kita asyik menyalahkan orang lain jika kita sendiri tidak pandai untuk menjaga diri sendiri.
Melihat daripada gambar yang dipos itu, mereka tanpa segan silu meminta orang ramai untuk mendoakan hubungan mereka kekal. Itu adalah sangat tidak relevan dengan gambar.
0 comments:
Post a Comment