Seorang wanita di Mudanjiang berhadapan detik cemas apabila beliau gagal untuk meloloskan diri dari dua bongkah batu besar. Kejadian berlaku apabila wanita tersebut cuba melepasi bongkah batu tersebut namun beliau tersepit kerana payudara dan punggung beliau tidak dapat melepasi batu tersebut.
Kejadian ini dapat dilihat persis sebuah adegan filem '127 hours' mengenai seorang lelaki yang lengannya tersepit dicelah lubang sempit di Utah. Dalam filem itu, lelaki tersebut telah memotong tangannya sendiri untuk melepaskan dan menyelamatkan diri.
Namun, nasib wanita tersebut tidak berkesudahan seperti filem itu kerana beliau telah diselamatkan oleh anggota bomba di daerah terbabit.
0 comments:
Post a Comment