GEMPAR! Ahmad Said Kembali Ke UMNO

Wednesday, 14 May 2014 0 comments

Kelmarin gempar di seluruh negeri Terengganu malah di seluruh negeri di Malaysia ini tentang berita huru-hara politik di negeri yang terkenal dengan keropok lekor ini. Hal ini kerana, Menteri Besar di negeri ini (sekarang sudah mantan), Datuk Seri Ahmad bin Said diminta melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. 

Berita ini semakin kencang apabila dikatakan Ahmad Said telah meletak jawatan sebagai ADUN Kijal sejurus selepas melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Dengan itu Ahmad telah mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas di negeri ini. Bukan itu sahaja, dikatakan 5 orang ADUN di negeri ini juga mengikut jejak langkah Ahmad meletakkan jawatan dari parti UMNO. Hal ini menghangatkan lagi huru-hara politik di negeri Terengganu. 

Hari ini, dikatakan Ahmad Said dan 5 ADUN yang mengikut beliau menarik balik surat perletakan jawatan ADUN kawsan masing-masing. Jadi, huru-hara politik di negeri Terengganu sudah pun selesai dan Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini walaupun Pembangkang iaitu PAS/PKR telah pun menghantar memorendum kepadda Sultan Terengganu untuk diadakan semula pilihanraya negeri Terengganu.

P/S: Agaknya, mereka-mereka yang melepaskan jawatan ini sudahpun bermuhasabah diri. Takkanlah senang-senang nak lepaskan jawatan. Bila jadi YB ni macam-macam kelebihan diperolehi. Siapa tak nak kan? Agaknyalah kan.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Main Blog Lu | TNB