Seorang pengantin terpaksa menanggung malu dan kerugian yang ketara pada hari persandingan beliau. Hal ini kerana pihak katering yang sudah di tempah oleh pihak pengantin tidak menghantar makanan pada waktu yang sepatutnya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hawa, 22, tidak menjangka pihak katering berkenaan akan melakukan hal di luar jangkaan ini. Ini kerana beliau sudah pun melunaskan segala bayaran untuk tujuan itu.
Sebelum hari bahagia itu, pihak keluarga pengantin sudah pun dimaklumkan bahawa semuanya berjalan lancar. Namun, lori lauk pauk itu tiba pada pukul 2.45 petang pada hari terseebut. Pihak pengantin juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak lebih kurang RM 2000 kerana terpaksa membeli makanan dari luar untuk tetamu yang hadir.
“Kita ada telefon bos mereka, tetapi tidak dijawab dan kami juga ada telefon di pelanggannya yang menempah tempahan yang sama pada hari itu dan mereka pun menerima nasib yang sama. Makanan mereka juga datang lambat dan tidak cukup sepertimana yang ditempah sebelum ini." katanya.
0 comments:
Post a Comment