BERITA SENSASI! Lagi membabitkan pesawat MAS
Sejak kehilangan pesawat MH370 baru-baru ini, negara Malaysia tidak putus-putus menerima kemalangan yang membabitkan kapal terbang. Selepas MH370, kita dapati pesawat MALINDO yang membawa skuad bola sepak negeri Terengganu untuk pulang ke Terengganu mengalami masalah kipas enjin terbakar ketika sedang terbang. Kitaa juga dikejutkan dengan pesawat MAS MH192 yang pecah tayar ketika hendak berlepas. Dan juga kita dapat berita tentang pesawat ringan yang terhempas di Pengkalan Cepa. Dan yang terbaru, berkait dengan pesawat MAS, dikatakan sebuah kereta melanggar bahagian perut kapal terbang tersebut.
Sepang: Sebuah kereta Perodua Viva milik vendor Penerbangan Malaysia (MAS) dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian perut pesawat milik Malaysia Airlines yang diparkir di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. Hal ini menyebabkan pesawat B737-800 yang akan melakukan penerbangan MH740/741 ke Yangon, Myanmar terpaksa ditunda selama 40 minit pagi semalam.
Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata, sejurus kejadian itu berlaku, jurutera MAS segera menuju ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan awal. Apabila melakukan pemeriksaa, pesawat tersebut didapati tidak mengalami kerosakan yang kronik yang boleh mendatangkan bahaya kepada struktur pesawat.
"Pesawat tersebut tidak dibenarkan untuk melakukan penerbangan kerana pihak kami ingin melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut," ujarnya kenyataan dikeluarkan MAS petang semalam.
Akibat dari itu, penerbangan pesawat tersebut yang dijadualkan akan berlepas pada jam 10.05 pagi terpaksa ditinda dan penumpang pesawat terbabit dipindahkan ke penerbangan seterusnya 40 minit kemudian.
Izham menegaskan keselamatan penumpang MAS sentiasa menjadi keutamaan manakala pemandu kereta tersebut akan diambil tindakan.
P/S: Macam-macam hal berlaku dalam industri kapal terbang ni. Harap lepas ni reda laa dari kejadian yang seperti ini.
Posted by
Unknown
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment