MESTI BACA! Najis lembu dan kambing penawar kanser???

Tuesday, 11 November 2014 0 comments

China - Lebih daripada 30 orang penduduk Xiangtan, Provinsi Hunan percaya bahawa mereka telah mencari penawar untuk penyakit kanser, iaitu najis lembu dan kambing yang dicairkan.

Trend rawatan kanser dengan najis lembu dan kambing yang dicairkan berawal dari dua orang penduduk yang mendakwa bahawa mereka telah sembuh daripada penyakit kanser berkat ramuan najis lembu dan kambing yang mereka minum. Najis tersebut pertama sekali dijemur di bawah matahari lalu diletakkan dan direndam di air panas agar dapat dijadikan ubat mujarab. "Najis segar adalah yang terbaik," kata Huang Shuiqing (68) seperti dikutip Global Times dari Xiaoxiang Morning Post.


 Sama seperti kebanyakan penduduk di Kampung Jinshiqiao, Huang Shuiqing percaya bahawa najis lembu dan kambing dapat berkhasiat sebagai ubat.

Sementara itu, penduduk lain yang bernama Ma Suqun (77) menyatakan bahawa ia akhirnya ketagihan meminum ramuan najis lembu dan kambing kerana diberi tahu oleh anak lelakinya. Anak Ma mendengar perihal ramuan najis lembu dan kambing saat berada di Provinsi Hainan sekitar 10 bulan sebelumnya dan yakin ramuan itu boleh merawat kanser paru-paru yang dialami oleh Ma. Hingga kini, Ma sudah mengambil lebih dari sembilan kilogram ramuan najis lembu dan kambing.

Lebih lanjut Ma menyatakan bahawa walaupun ia belum ke 
hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut, ia kini merasa lebih baik. Penduduk  kampung lain pun mula mengikuti kaedah rawatan yang dilakukannya tersebut. Mereka bahkan percaya jika terapi itu boleh menyembuhkan kanser maka secara automatik pelbagai penyakit lain juga boleh diubati.

Menanggapi trend kaedah rawatan dengan ramuan najis lembu dan kambing, Liu Shaogui selaku doktor di Hospital Gabungan No.1 Hunan University of Chinese Medicine, menjelaskan bahawa mengambil najis lembu dan kambing adalah salah satu resipi dalam teks perubatan China kuno. Kaedah rawatan itu boleh "mengusir hawa panas dan racun".

Walaupun demikian, sejauh ini belum ada kajian perubatan yang dapat menyokong tuntutan penduduk kampung tersebut  berkaitan rawatan kanser. Yang jelas, jika najis lembu dan kambing yang akan digunakan tidak dibersihkan dan ditangani dengan baik, mereka yang mengambilnya berterusan boleh dijangkiti bakteria dan parasit.

credit: Zamrispoon







0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Main Blog Lu | TNB