Anak kepada pelakon Abby Abadi, Dhanish telah meluahkan isi hatinya terhadap ayah tirinya iaitu Farhan. Video yang dimuat tutrun sendiri oleh Abby Abadi itu menerusi akaun Instagram melihatkan bahawa Dhanish ingin Farhan berkahwin semula dengan ibunya.
Dhanish juga meminta agar Farhan tidak mengikut rakan-rakannya yang suka berpeleseran seperti karaoke dan juga pergi ke cyber cafe. Di dalam video itu, antara petikan yang diluahkan oleh Dhanish adalah seperti "Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu. Itu semua duniawi. Ala, Abi kahwinlah dengan mama balik. Apalah dosa mama tu Abi."
Video yang dimuat turun oleh Abby mendapat banyak komentar dari peminat-peminatnya. Moga terbukalah hati Farhan untuk kembali semula kepada Abby Abadi.
0 comments:
Post a Comment