Seorang wanita dari Malaysia telah berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan pekerjaan. Namun dia telah mendakwa diperkosa oleh lelaki yang dia temui untuk tujuan urusan tersebut.
Menurut sumber, wanita itu telah datang ke Jaipur tiga hari sebelum urusan tersebut dan berjumpa lelaki berkenaan. Lelaki itu berusia dalam linkungan 30 an.
Mereka kemudiannya makan bersama pada malam itu dan lelaki tersebut telah membawanya ke suatu tempat sunyi lalu merogolnya di dalam kereta selepas diberi minuman bercampur dadah. Lelaki itu kemudiannya meninggalkannya bersendirian.
Mangsa telah berjaya membuat aduan dengan menghubungi kerata polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle dan suspek berjaya ditangkap dalam tempoh tiga jam.
"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki berkenaan" laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.
Di India dikatakan kejadian rogol berlaku 22 minit sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment