GEMPAR! Rancangan realiti tv yang sangat kejam

Saturday, 7 June 2014 0 comments

Sebuah rancangan realiti tv di Amerika Syarikat disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaa. Hal ini kerana, rancangan itu bakal merakamkan wanita yang mengandung dan akan melahirkan anak di dalam hutan tanpa bantuan doktor dan tiada tempat berteduh.

Rancangan itu dikatakan akan menyaksikan wanita melahirkan anak dikelilingi hutan belantara sahaja. Menurut penerbit rancangan berkenaan, Eli Lahrer, hanya ibu yang pernah bersalin sahaja dibenarkan untuk menyertai rancangan tersebut. Manakala kru yang bertugas adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan wanita tersebut.

"Kita akan menjalankan langkah berjaga-jaga bagi memastikan ibu dan bayi selamat", katanya.

Ramai pengkritik tidak bersetuju dengan rancangan ini kerana bimbang trend yang bahaya yang boleh membahayakan ibu dan bayi.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Main Blog Lu | TNB