KEJAM! Remaja rogol sepupu berumur 10 tahun

Wednesday, 21 May 2014 0 comments
Seorang budak yang baru berusia 10 tahun telah dirogol oleh sepupunya sendiri di sebuah rumah di Spaoh, Bentong. Sebelum kejadian, suspek yang dipercayai berumur 17 tahun telah meminta mangsa menemaninya untuk ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan rumah mangsa. Hal ini kerana, saspek ingin mengambil bungkusan ais di rumahnya.

Dalam kejadian itu, ibu mangsa sedar akan kehilangan anaknya lalu mencari anaknya. Ibu mangsa menemui mangsa dalam keadaan takut sambil menangis sebelum diberitahu bahawa dia dirogol malah turut dibelasah. Susulan daripada kejadian itu, ibu mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Spaoh.

Saspek kemudiannya ditahan dirumahnya pada jam 5.35 petang semalam. Pihak polis turut merampas pakaian saspek untuk dijadikan bahan bukti serta tilam yang digunakan dalam kejadian tersebut.

P/S: Sampai hati sepupu budak 10 tahun tu.


0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Main Blog Lu | TNB