Nama sebenar beliau ialah Dyana Sofya binti Daud, setiausaha politik pemimpin DAP Lim Kit Siang. Beliau menjadi terkenal dan sensasi apabila beliau dinamakan sebagai calon DAP untuk menjadi wakil rakyat dalam Pilihanraya Kecil (PRK) di Teluk Intan, Perak. Lebih mengejutkan beliau merupakan anak jati melayu dan menyertai DAP.
Beliau menyertai DAP kerana ingin menuntut keadilan daripada kerajaan dengan mengatakan kerajaan hari ini bersifat perkauman dengan hanya memberi hak-hak istimewa hanya untuk kaum Melayu. Beliau juga menyoal kenapa kaum lain tidak diberi hak yang sama seperti kaum Melayu.
"UiTM khas untuk orang Melayu sahaja. Dari situ sudah nampak kerajaan kita ini sebenarnya agak rasis kerana mementingkan kaum MELAYU itu sahaja,"
Itulah ayat yang beliau pernah ucapkan. Dengan terkeluarnya ayat tersebut, maka ia telah membangkitkan kemarahan dalam jiwa setiap rakyat yang mengatakan beliau mebuat kenyataan seperti ingin melagakan perasaan rakyat dan ingin mencetuskan huru-hara dalam hubungan perkauman di Malaysia.
P/S: Sejauh mana kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu.
0 comments:
Post a Comment